Page 9 - Penyata Kewangan MAT Kali Ke 38 Kuputra
P. 9

- 4 -

            LAPORAN JURUAUDIT
            KOPERASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BERHAD
            31 DISEMBER 2019 ( samb..)



            Tanggungjawab Juruaudit bagi pengauditan Penyata Kewangan (Samb.)

            Kami juga :
            ·
                Mengenalpasti dan menilai risiko adanya salah nyata yang material di dalam penyata kewangan
                samada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan, mereka menjalankan prosedur audit yang responsif
                terhadap risiko tersebut dan mendapatkan bukti audit yang mencukupi dan sesuai untuk kami jadikan
                sebagai asas kepada pendapat kami. Risiko untuk gagal mengesan penipuan adalah tinggi daripada
                risiko untuk gagal mengesan sesuatu kejadian akibat daripada kesilapan kerana penipuan mungkin
                melibatkan pakatan sulit, pemalsuan, tidak merekodkan dengan sengaja atau melangkau kawalan
                dalaman.

            ·          Memahami kawalan dalaman yang berkaitan dengan pengauditan agar dapat mereka prosedur audit
                yang sesuai dan bukan untuk menzahirkan pendapat terhadap keberkesanan kawalan dalaman
                koperasi.


            ·         Menilai kesesuaian polisi-polisi perakaunan yang digunakan dan kemunasabah anggaran perakaunan
                dan pendedahan yang berkaitan oleh anggota lembaga.

            ·          Membuat kesimpulan ke atas kesesuaian penggunaan asas perakaunan usaha berterusan oleh
                pentadbir dan berdasarkan bukti audit yang di perolehi samada wujudnya ketidaktentuan yang
                material berkaitan peristiwa atau keadaan yang menimbulkan keraguan yang signifikan tentang
                kebolehan koperasi untuk terus wujud atas asas usaha berterusan.

            ·
                Sekiranya kami simpulkan bahawa wujudnya ketidaktentuan yang material kami perlu, di dalam
                laporan juruaudit kami menarik perhatian kepada pendedahan yang berkaitan di dalam penyata
                kewangan atau sekiranya pendedahan yang berkaitan adalah tidak cukup lengkap, ubahsuai pendapat
                kami. Kesimpulan yang kami buat adalah berdasarkan bukti audit yang diperolehi sehingga pada
                tarikh laporan juruaudit kami. Walaubagaimana pun, peristiwa atau keadaan pada masa hadapan
                boleh menyebabkan koperasi untuk terus tidak wujud pada asas usaha berterusan.

            ·          Menilai keseluruhan persembahan, struktur dan isi kandungan penyata kewangan koperasi
                termasuklah pendedahan dan samada penyata kewangan menggambarkan asas transaksi dan kejadian
                dengan cara mencapai persembahan yang adil.


            Kami berkomunikasi dengan anggota lembaga berkenaan lain-lain perkara seperti di antaranya skop dan
            tempoh masa pengauditan yang telah dirancang dan penemuan audit yang signifikan termasuklah mana-
            mana kelemahan di dalam kawalan dalaman yang telah dikesan semasa pengauditan.
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14