Page 80 - Penyata Kewangan MAT Kali Ke 38 Kuputra
P. 80
- 35 -
29. KEUNTUNGAN KEDAI MESRA STESEN MINYAK UPM
2020 2019
RM RM
PENDAPATAN
Jualan 1,122,193 1,930,715
Tolak: KOS JUALAN
Stok awal 119,986 131,163
Belian 1,072,312 1,705,566
1,192,298 1,836,729
Stok akhir (95,283) (119,986)
1,097,015 1,716,743
Keuntungan kasar 25,178 213,972
PERBELANJAAN
Yuran peralatan 8,916 8,916
Yuran Francais 600 -
Royalti kedai mesra 30,322 48,094
Jumlah perbelanjaan 39,838 57,010
(Kerugian)/Keuntungan dipindahkan ke Penyata Stesen Minyak UPM (14,660) 156,962
30. PERISTIWA PENTING SEPANJANG TAHUN KEWANGAN
Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak Coronavirus (Covid19)
sebagai pandemik kerana penyebaran pesat di seluruh dunia. Pada 16 Mac 2020, Kerajaan Malaysia
telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020 untuk membendung
penularan wabak COVID-19 di Malaysia. COVID-19 juga menyebabkan sekatan perjalanan, sekatan
pergerakan dan langkah berjaga-jaga lain yang dikenakan di pelbagai negara. Kemunculan wabak
COVID-19 sejak awal tahun 2020 telah membawa ketidaktentuan ekonomi yang ketara di Malaysia dan
pasaran di mana Koperasi beroperasi.
Koperasi telah menilai dan mendapati bahawa aktiviti perhotelan dan perniagaan runcit telah terjejas
dengan ketara oleh COVID-19 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020. Pada tarikh pemberian
penyata kewangan, skala dan tempoh ketidaktentuan ekonomi akibat COVID-19, tidak dapat dianggar
secara munasabah. Koperasi akan terus memantau dengan teliti situasi COVID-19 yang semakin
meningkat dan kesan kewangan yang berkaitan, jika ada, pada penyata kewangan Koperasi akan
ditunjukkan dalam penyata kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
31. PERISTIWA SELEPAS TEMPOH PELAPORAN
Kerajaan Malaysia sekali lagi mengenakan PKP dan PKP Bersyarat bagi negeri-negeri terpilih yang
terjejas teruk akibat COVID-19 pada 11 Januari 2021. Selain itu, Yang Dipertuan Agong turut
mengisytiharkan darurat di negara ini sehingga 1 Ogos 2021 bagi membendung penularan COVID-19
pada 12 Januari 2021.
Sekatan yang dikenakan telah memberi kesan negatif kepada prestasi kewangan Koperasi terutama
aktiviti perhotelan. Namun perkhidmatan penting utama lain masih dibenarkan beroperasi sepanjang
PKP, di bawah garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Pada tarikh penyata kewangan yang disahkan, keadaan COVID-19 masih berkembang dan tidak
menentu. Koperasi akan terus memantau dan menguruskan dana dan operasinya secara aktif untuk
meminimumkan sebarang kesan yang timbul daripada pandemik COVID-19.
32. ANGKA PERBANDINGAN
Sebahagian angka perbandingan telah dikelaskan semula agar seimbang dengan persembahan penyata
kewangan tahun semasa.

