Page 8 - Penyata Kewangan MAT Kali Ke 38 Kuputra
P. 8

- 3 -


            LAPORAN JURUAUDIT
            KOPERASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BERHAD
            31 DISEMBER 2019 ( samb..)

            Maklumat selain dari Penyata Kewangan dan Laporan Juruaudit (Samb.)


            Berhubung dengan pengauditan kami ke atas penyata kewangan koperasi, kami bertanggungjawab untuk
            membaca laporan anggota lembaga dan dalam pada itu mempertimbangkan samada laporan anggota
            lembaga selari atau tidak dengan penyata kewangan koperasi atau pengetahuan kami semasa pengauditan
            atau sekiranya ia kelihatan seakan-akan seperti satu salah nyata yang material.

            Sekiranya berdasarkan kerja pengauditan yang telah kami jalankan, kami simpulkan bahawa terdapat
            salahnyata yang material di dalam laporan anggota lembaga kami perlu melaporkan fakta tersebut. Kami
            tiada apa-apa yang perlu dilaporkan berkenaan pekara ini.


            Tanggungjawab Anggota Lembaga untuk Penyata Kewangan

            Anggota-anggota lembaga adalah bertanggungjawab terhadap penyediaan penyata kewangan yang
            memberikan gambaran yang benar dan saksama menurut Garis Panduan-Garis Panduan Penyeliaan
            Koperasi dan Piawaian Perakaunan yang diluluskan dan peruntukan Akta Koperasi 1993 di Malaysia.
            Anggota-anggota lembaga juga bertanggungjawab terhadap sistem kawalan dalaman yang perlu bagi
            membolehkan penyediaan penyata kewangan yang bebas daripada kesilapan yang ketara samada
            disebabkan oleh penipuan atau kesilapan.


            Dalam menyediakan penyata kewangan koperasi, anggota lembaga bertanggungjawab untuk menilai
            kebolehan koperasi terhadap asas usaha berterusan (going concern), melaporkan mana-mana berkenaan
            perkara-perkara yang berkaitan dengan asas usaha berterusan dan penggunaan asas perakaunan usaha
            berterusan melainkan jika samada anggota lembaga berhasrat untuk menggulung koperasi atau
            menghentikan operasi atau tiada alternatif yang realistik selain berbuat demikian.


            Tanggungjawab Juruaudit bagi pengauditan Penyata Kewangan



            Objektif kami adalah untuk mendapatkan jaminan yang munasabah tentang samada penyata kewangan
            secara keseluruhannya adalah bebas daripada salah nyata yang material, samada disebabkan penipuan atau
            kesilapan dan mengeluarkan laporan juruaudit yang mengandungi pendapat kami. Jaminan yang
            munasabah adalah satu bentuk kepastian yang tinggi tetapi pengauditan yang dijalankan menurut piawaian
            pengauditan yang diluluskan di Malaysia dan Piawaian Pengauditan Antarabangsa tidak dapat menjamin
            ianya akan sentiasa mengesan salah nyata yang material apabila ianya wujud. Salah nyata boleh terjadi
            akibat daripada penipuan atau kesilapan dan dikira material jika secara berasingan atau aggregat, ianya
            dengan munasabah dijangkakan akan mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pengguna berpandukan
            penyata kewangan ini. Menurut piawaian pengauditan yang di luluskan di Malaysia dan Pengauditan
            Antarabangsa adalah menjadi sebahagian daripada pengauditan untuk kami lakukan penilaian professional
            dan kekalkan keraguan professional di sepanjang pengauditan
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13