Page 71 - Penyata Kewangan MAT Kali Ke 38 Kuputra
P. 71

- 27 -

                           KOPERASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BERHAD


                   NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN - 31 DISEMBER, 2020


           1.  DASAR-DASAR PERAKAUNAN


               (a) Asas-Asas Penyediaan

                   (i)  Penyata kewangan disediakan menurut kelaziman kos asal dan mematuhi piawaian
                       perakaunan yang diluluskan di Malaysia.

                   (ii) Penyata kewangan Koperasi yang disediakan adalah untuk mematuhi Akta Koperasi, 1993
                       dan peraturan-peraturan dibawahnya.

               (b) Yuran Masuk

                   Yuran masuk yang diterima dikreditkan ke penyata pendapatan mengikut Undang-Undang Kecil
                   10(3).

               (c) Aset Tetap

                    (i) Susutnilai  aset tetap dibuat menurut  kaedah garis lurus.

                   (ii)  Kadar tahunan susutnilai yang digunakan adalah   seperti berikut: -

                       Kenderaan (Van)                                                        20%
                       Perabut dan Kelengkapan Pejabat/Kedai                                  20%
                       Komputer                                                               20%
                       Alat Pejabat                                                           20%
                       Ubahsuai                                                               20%
                       Rumah Kedai                                                             2%

                       Aset tetap yang diperolehi dalam tahun disusutnilai sepenuh tahun.

                    (iii) Susutnilai tidak lagi dikenakan ke atas aset tetap yang tinggal nilai nominal tapi masih lagi
                       digunakan.

               (d) Stok Perniagaan

                   Stok perniagaan adalah dinilai pada kos belian atau anggaran realisasi mana-mana terendah.

               (e) Pembiayaan Rumah Kedai

                   Jumlah yang diambil sebagai aset dibawah skim Bai Bithaman Ajil (BBA) adalah keseluruhan
                   jumlah pinjaman tersebut. Caj pembiayaan tertangguh akan diambil kira beransur-ansur sebagai
                   tambahan aset mengikut jangkamasa pembiayaan bagi melibatkan hartanah. Ini bermakna caj
                   tersebut dipermodalkan dan tidak dicajkan kepada penyata pendapatan, berlainan dengan
                   pembiayaan secara konvensional.
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76