Page 7 - Penyata Kewangan MAT Kali Ke 38 Kuputra
P. 7
- 2 -
LAPORAN JURUAUDIT
KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA KOPERASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BERHAD &
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA.
Pendapat
Kami telah mengaudit penyata kewangan Koperasi Universiti Putra Malaysia Berhad yang merangkumi
Kunci kira-kira pada 31 Disember 2019, Penyata Pembahagian Keuntungan, Penyata Untung Rugi dan
Penyata Aliran Tunai bagi tempoh berakhir pada tarikh tersebut dan ringkasan polisi-polisi perakaunan
yang signifikan serta nota-nota kepada penyata kewangan pada muka surat 6 hingga 35.
Pada pendapat kami, Penyata Kewangan yang telah disediakan memberikan gambaran yang benar dan
saksama terhadap kedudukan kewangan koperasi pada 31 Disember 2019 dan prestasi kewangannya serta
aliran tunai bagi tahun yang berakhir pada tarikh tersebut menurut Garis Panduan-Garis Panduan
Penyeliaan Koperasi dan Piawaian Perakaunan yang diluluskan dan peruntukan Akta Koperasi 1993 dan
berkenaan yang telah diluluskan di Malaysia.
Kami telah jalankan pengauditan mengikut piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia dan
piawaian pengauditan antarabangsa. Tanggungjawab kami di bawah piawaian-piawaian tersebut
dinyatakan lebih lanjut di bahagian Tanggungjawab Juruaudit bagi audit penyata kewangan dalam laporan
kami. Kami percaya bukti-bukti audit yang kami perolehi adalah mencukupi dan sesuai bagi menyediakan
asas kepada pendapat bersyarat kami.
Kebebasan dan Tanggungjawab Etika Lain
Kami adalah bebas daripada mana-mana pengaruh koperasi menurut Undang-Undang Kecil, Etika
Pelakuan dan Amalan Profesional yang digariskan oleh Institut Akauntan Malaysia dan Lembaga
Piawaian Etika Antarabangsa bagi Akauntan Kod Etika Akauntan Profesional (IESBA code) dan kami
telah memenuhi lain-lain tanggungjawab menurut Undang-Undang Kecil dan Kod Etika Akauntan
Profesional tersebut.
Maklumat selain dari Penyata Kewangan dan Laporan Juruaudit
Para anggota lembaga koperasi adalah bertanggunjawab terhadap lain-lain maklumat yang terdiri daripada
laporan anggota lembaga tidak termasuk penyata kewangan koperasi dan laporan juruaudit kami.
Pendapat kami ke atas penyata kewangan koperasi tidak meliputi laporan anggota lembaga dan kami tidak
menzahirkan sebarang bentuk kesimpulan jaminan.

