Page 48 - Penyata Kewangan MAT Kali Ke 38 Kuputra
P. 48
- 4 -
LAPORAN JURUAUDIT
KOPERASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BERHAD
31 DISEMBER 2020 (samb..)
Tanggungjawab Juruaudit bagi pengauditan Penyata Kewangan (Samb.)
Kami juga :
·
Mengenalpasti dan menilai risiko adanya salah nyata yang material di dalam penyata kewangan
samada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan, mereka menjalankan prosedur audit yang responsif
terhadap risiko tersebut dan mendapatkan bukti audit yang mencukupi dan sesuai untuk kami jadikan
sebagai asas kepada pendapat kami. Risiko untuk gagal mengesan penipuan adalah tinggi daripada
risiko untuk gagal mengesan sesuatu kejadian akibat daripada kesilapan kerana penipuan mungkin
melibatkan pakatan sulit, pemalsuan, tidak merekodkan dengan sengaja atau melangkau kawalan
dalaman.
· Memahami kawalan dalaman yang berkaitan dengan pengauditan agar dapat mereka prosedur audit
yang sesuai dan bukan untuk menzahirkan pendapat terhadap keberkesanan kawalan dalaman
koperasi.
· Menilai kesesuaian polisi-polisi perakaunan yang digunakan dan kemunasabah anggaran perakaunan
dan pendedahan yang berkaitan oleh anggota lembaga.
· Membuat kesimpulan ke atas kesesuaian penggunaan asas perakaunan usaha berterusan oleh
pentadbir dan berdasarkan bukti audit yang di perolehi samada wujudnya ketidaktentuan yang
material berkaitan peristiwa atau keadaan yang menimbulkan keraguan yang signifikan tentang
kebolehan koperasi untuk terus wujud atas asas usaha berterusan.
·
Sekiranya kami simpulkan bahawa wujudnya ketidaktentuan yang material kami perlu, di dalam
laporan juruaudit kami menarik perhatian kepada pendedahan yang berkaitan di dalam penyata
kewangan atau sekiranya pendedahan yang berkaitan adalah tidak cukup lengkap, ubahsuai pendapat
kami. Kesimpulan yang kami buat adalah berdasarkan bukti audit yang diperolehi sehingga pada
tarikh laporan juruaudit kami. Walaubagaimana pun, peristiwa atau keadaan pada masa hadapan
boleh menyebabkan koperasi untuk terus tidak wujud pada asas usaha berterusan.
· Menilai keseluruhan persembahan, struktur dan isi kandungan penyata kewangan koperasi
termasuklah pendedahan dan samada penyata kewangan menggambarkan asas transaksi dan kejadian
dengan cara mencapai persembahan yang adil.
Kami berkomunikasi dengan anggota lembaga berkenaan lain-lain perkara seperti di antaranya skop dan
tempoh masa pengauditan yang telah dirancang dan penemuan audit yang signifikan termasuklah mana-
mana kelemahan di dalam kawalan dalaman yang telah dikesan semasa pengauditan.

