Page 40 - Penyata Kewangan MAT Kali Ke 38 Kuputra
P. 40
- 35 -
29. KEUNTUNGAN KEDAI MESRA STESEN MINYAK UPM
2019 2018
RM RM
PENDAPATAN
Jualan 1,930,715 2,008,583
Tolak: KOS JUALAN
Stok awal 131,163 119,339
Belian 1,705,566 1,880,291
1,836,729 1,999,630
Stok akhir (119,986) (131,163)
1,716,743 1,868,467
Keuntungan kasar 213,972 140,116
PERBELANJAAN
Yuran peralatan 8,916 8,916
Royalti kedai mesra 48,094 45,406
Jumlah perbelanjaan 57,610 54,322
Keuntungan dipindahkan ke Penyata Stesen Minyak UPM 156,362 85,794
30. PERISTIWA SELEPAS TARIKH PELAPORAN
Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan jangkitan Novel Coronavirus 2019 (COVID-19)
sebagai wabak pada 11 Mac 2020. Ini diikuti oleh Kerajaan Malaysia yang mengeluarkan Warta
Kerajaan Persekutuan pada 18 Mac 2020, yang mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 yang timbul akibat COVID-19. Tempoh PKP
telah dilanjutkan seperti berikut:
a) 1 April 2020 selama dua (2) minggu sehingga 14 April 2020;
b) 15 April 2020 untuk tambahan dua (2) minggu sehingga 28 April 2020; dan
c) 29 April 2020 untuk tambahan dua (2) minggu sehingga 12 Mei 2020.
Kerajaan Malaysia meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa dari 13
Mei 2020 hingga 9 Jun 2020. Pada 7 Jun 2020, Kerajaan Malaysia mengumumkan untuk meneruskan
dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuatkuasa dari 10 Jun 2020 hingga 31
Ogos 2020. Pada 28 Ogos 2020, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan lanjutan tempoh PKPP hingga
31 Disember 2020.
Keadaan ini menyebabkan pelbagai sektor dan industri terganggu dan menghadapi cabaran sukar yang
tidak pernah berlaku sebelumnya.
Pendamik ini telah mempengaruhi operasi koperasi terutama yang melibatkan hotel Place 2 Stay kerana
syarat-syarat ketat yang dikenakan oleh kerajaan bagi menjalankan pengoperasian perhotelan.
Walaupun semasa tempoh PKPP operasi hotel mula beroperasi semula, namun ianya tidak dapat
menjana pendapatan seperti sebelumnya.
Oleh kerana perkembangan ini terjadi setelah akhir tempoh pelaporan, pandemik COVID-19 dianggap
sebagai peristiwa yang tidak dapat disesuaikan dengan pelaporan tahun semasa. Oleh itu, penyata
kewangan untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2019 tidak mengambarkan kesan
yang timbul daripada peristiwa ini.
Koperasi menjangkakan bahawa pelaporan kewangan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 akan
diiktiraf dalam penyata kewangan koperasi untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.
31. ANGKA PERBANDINGAN
Sebahagian angka perbandingan telah dikelaskan semula agar seimbang dengan persembahan penyata
kewangan tahun semasa.

