Page 32 - Penyata Kewangan MAT Kali Ke 38 Kuputra
P. 32

- 27 -

                              KOPERASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BERHAD

                        NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN - 31 DISEMBER, 2019


                 1.  DASAR-DASAR PERAKAUNAN

                    (a) Asas-Asas Penyediaan
                        (i)  Penyata kewangan disediakan menurut kelaziman kos asal dan mematuhi piawaian
                           perakaunan yang diluluskan di Malaysia.
                        (ii) Penyata kewangan Koperasi yang disediakan adalah untuk mematuhi Akta Koperasi, 1993
                           dan peraturan-peraturan dibawahnya.
                    (b) Yuran Masuk

                        Yuran masuk yang diterima dikreditkan ke penyata pendapatan mengikut Undang-Undang Kecil
                        10(3).
                    (c) Aset Tetap

                        (i) Susutnilai  aset tetap dibuat menurut  kaedah garis lurus.

                        (ii)  Kadar tahunan susutnilai yang digunakan adalah   seperti berikut: -

                           Kenderaan (Van)                                                20%
                           Perabut dan Kelengkapan Pejabat/Kedai                          20%
                           Komputer                                                       20%
                           Alat Pejabat                                                   20%
                           Ubahsuai                                                       20%
                           Rumah Kedai                                                     2%

                           Aset tetap yang diperolehi dalam tahun disusutnilai sepenuh tahun.

                         (iii) Susutnilai tidak lagi dikenakan ke atas aset tetap yang tinggal nilai nominal tapi masih lagi
                           digunakan.

                    (d) Stok Perniagaan

                        Stok perniagaan adalah dinilai pada kos belian atau anggaran realisasi mana-mana terendah.
                    (e) Pembiayaan Rumah Kedai

                        Jumlah yang diambil sebagai aset dibawah skim Bai Bithaman Ajil (BBA) adalah keseluruhan
                        jumlah pinjaman tersebut. Caj pembiayaan tertangguh akan diambil kira beransur-ansur sebagai
                        tambahan aset mengikut jangkamasa pembiayaan bagi melibatkan hartanah. Ini bermakna caj
                        tersebut dipermodalkan dan tidak dicajkan kepada penyata pendapatan, berlainan dengan
                        pembiayaan secara konvensional.
                    (f)  Francais

                        Koperasi telah menandatangani perjanjian francais dengan WLF Global Ventures Sdn. Bhd. untuk
                        menggunakan tanda nama “PLACE2STAY”  pada Hotel milik Koperasi. Kos yang ditanggung
                        oleh pihak koperasi adalah yuran francais yang di bayar sekali sahaja berjumlah RM80,000, yuran
                        pengiklanan dan promosi sebanyak 2.5% sebulan atas jualan kasar dan yuran royalti sebanyak 5%
                        sebulan atas jualan kasar.
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37